DEFINISI KERIS
- Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang melayu lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.
- Keris merupakan alat kebesaran bagi raja-raja atau sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan.
- Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus di hujung serta tajam.
- Terdapat mata keris yang lurus dan tirus di hujung dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya
FALSAFAH DISEBALIK KERIS
- Orang Melayu meletakkan keris sebagai simbol tuah dan maruah kerana mereka mempercayai bahawa keris mengandungi nilai,keutamaan yang tertentu yang dapat dijadikan sebagai kekuatan batiniah dan lahiriah.
- Selain itu,keris dalam tradisi Melayu yang mewakili 10 fungsi dan antaranya simbol harga diri dan jati diri kerana kepelbagaian bahan yang terkandung di dalamnya selain dipercayai memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan rasa berani,perkasa serta keyakinan diri.
JENIS KERIS
- Nusantara merupakan tempat yang paling banyak menghasilkan keris.
- Keris mempunyai banyak kegunaannya selain daripada sebagai senjata, regolia terhadap raja melayu, dan untuk kegunaan dalam bidang perubatan.
- Antara keris yang terkenal adalah seperti keris sepukal, keris sempena, keris cerita, keris tajung, keris picit dan sebagainya.
BAHAGIAN UTAMA KERIS (CIRI-CIRI)
- Bilah keris
- Hulu keris
- Pendokok
- Sampir dan batang
ALATAN MEMBUAT KERIS
u Musang
u Penyempuh
u Andas
u Penangi
u Lepa
u Jara Sila
u Tukul
u Temin
u Kikir
u Penyepit
u Arang
PENGHASILAN KERIS
Penghasilah keris oleh tukang keris(pandai besi)
PENGHASILAN KERIS
PENJAGAAN KERIS (MERAWAT MATA KERIS)
BAHAN
>> Batang pisang
>> Sebiji kelapa muda
>> 3 biji buah mengkudu
>> Sebiji buah nenas muda
>> 3 biji limau nipis
>> Sebatang buloh panjangnya mengikut mata keris
>> Beberapa batang lidi
>> Kain bersih dan kain perca
PANTANG LARANG
pantang larang yang perlu dipatuhi oleh ‘pandai besi’
- tidak boleh bercakap sembarangan atau sesedap mulut ketika proses menghasilkan keris
- Wanita pula dilarang masuk ke dalam bangsal atau pondok membuat keris.
- perlu berpuasa dan perlu tahu seni membuat keris ketika pekerjaan ini dilakukan.
pantang larang yang perlu dipatuhi pemilik keris
- tidak boleh diletakkan merata-rata
- Pesilat juga harus memahami pantang larang ‘bertari keris’. Setelah keris dihunus keluar, pantang bagi seseorang pesilat mengadapkan mata keris pada diri sendiri.
CARA PENGGUNAAN KERIS
- Cara menggenggam keris samalah seperti orang Melayu menunding jari kepada seseorang atau sesuatu arah. Ibu jari menjadi penunjuk dan diletakkan pada pedongkok. Manakala empat jari yang lain akan mengenggam hulu keris. Bagi para pesilat atau pendekar, keserasian genggaman keris dilihat pada kelurusan ibu jari yang sama dengan hujung keris. Mata keris sentiasa menghadap ke hadapan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap musuh setiap masa. Genggaman keris yang betul akan mempermudahkan keris digunakan oleh pesilat untuk menikam mangsa.
- Cara mengeluarkan keris pendekar Melayu pula mempunyai sedikit perbezaan dengan cara gaya penjurit (pesilat) Jawa. Menurut O’ong Maryono (penulis Indonesia), selepas keris dikeluarkan senjata itu dibawa ke hadapan dan dikucup. Penjurit (pesilat) Jawa pula akan membawa mesej melalui pergerakan tadi iaitu “Ia milikku dan hakku”. Bagi pendekar semenanjung pula, keris yang telah dikeluarkan daripada sarung akan ditunjukkan ke hadapan sebagai menyatakan “Ini Keris. Keris digenggamanku”.
Seterusnya, setelah dikucup dengan mesej yang disampaikan, penjurit (pesilat) Jawa akan mendekatkan keris itu ke ulu hatinya. Perbuatan ini untuk mendapat resapan makhluk halus ke dalam tubuh ‘si pemakai’. Berbeza dengan pendekar Melayu, keris yang telah dikucup akan dibawa ke hadapan semula dengan lafaz hati “Semua ini milik Allah.”
KEGUNAAAN KERIS
a. Regalia Kekuasaan (Keris Diraja)
b. Pelengkap busana adat/perkahwinan
c. Perubatan dan perbomohan
d. Seni beladiri (bertari keris)
e. Keris upacara